Balai Rakyat Pasar Awam Balik Pulau

FAKTA Kompleks Pasar Awam MPPP Balik Pulau:

  • Tarikh dibuka: 1 Disember 2007
  • Tempoh pembinaan: 18 bulan ~ 1.5 tahun (Feb 2006 – Sep 2007)
  • Kos pembinaan: RM 17 juta ~ hampir RM sejuta sebulan
  • Jumlah ruang perniagaan: 287 (106 untuk peniaga pasar lama, 123 untuk peniaga baru) {Jumlah tapak pasar tani hari minggu: 150}
  • Jenis ruang perniagaan: 4 (astaka, bazar, pasar basah, pasar kering)
  • Kos sewa (bulanan dalam RM): 95-160 (pasar basah), 100 (pasar kering), RM120 (astaka), RM160 (bazar)
  • Kos lesen MPPP: RM30 sebulan = RM360 setahun
  • Cagaran/bayaran awal penyerahan gerai: 3 + 1 bulan (misalnya, RM190x3 = RM570 + RM190 = RM780)
  • Kos pemasangan eletrik (TNB/kontraktor): RM500
  • Anggaran untung bulanan setiap gerai: RM500 => Jumlah keuntungan semua peniaga selama setahun: RM1.7M ~ akan mengambil masa lebih 10 tahun untuk mendapatkan pulangan kos pembinaan kompleks (dengan syarat semua gerai beroperasi).
  • Anggaran kutipan sewa gerai oleh MPPP: RM500,000 setahun (tidak termasuk sewa dewan, pejabat MPPP dsbnya) => 36 tahun untuk pulangan kos pembinaan kompleks (tidak mengambilkira kos operasi).
  • Peratus kutipan sewa gerai oleh MPPP berbanding pendapatan tahunan: 2.5% (berdasarkan purata pendapatan sebanyak RM200 juta setahun).
  • Kos tahun pertama berniaga di bazar: RM780 (cagaran + sewa bulan pertama) + RM500 (TNB) + RM190x11 (sewa)+ ~RM30x12 (eletrik) = RM 3,730 setiap gerai (tidak termasuk stok atau kos operasi lain).

BALIK PULAU – Kira-kira 180 peniaga di Kompleks Pasar Awam Balik Pulau menjalankan perniagaan di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan kadar sewa bulanan yang berpatutan

Kompleks ini mempunyai hampir 270 ruang perniagaan pelbagai jualan iaitu astaka, bazar, pasar basah dan kering.

Suasana meriah dan keriuhan antara pelanggan dengan pembeli apabila menawar sesuatu barangan jualan hanya dapat dirasai apabila cuti hujung minggu dan cuti umum.

Balai Rakyat Pasar Awam Balik Pulau sesuai untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti Perkahwinan, Jamaun Makan dan untuk badminton.

Orang Dihubungi : Roslan bin Bashah
No. Telefon : 017-4300071
No. Faks :
Emel : etempahan@mppp.gov.my

 

Unit Tempahan

Jabatan Khidmat Kemasyarakatan
Stadium Bandaraya, Lorong Kulit
10460 Pulau Pinang.

Maklumat lanjut rujuk : http://etempahan.mbpp.gov.my/pls/ebkpublic/EBK_FACILITY.viewLocationInfo?pn_alocId=15

: https://www.facebook.com/pages/Kompleks-Pasar-Awam-Mppp-Balik-Pulau-Pulau-Pinang/253464618112646