RUMAH NO.100 di BALIK PULAU

Sejarah Rumah

Rumah no.100 ini dibina pada tahun 1900.Selama 5 generasi telah tinggal dalam rumah ini. Rumah ini dibina dan  diukir oleh pengukir-pengukir yang terkenal di Malaysia dan China.Mereka diupah oleh Chee Teik Yew untuk membina dan mengukir perabot-perabotnya.Rumah ini pernah menjadi rumah pajak gadai pada masa dahulu.Bukan itu sahaja,tingkat bawah rumah ini pernah menjadi gudang untuk menempatkan garam dan beras semasa zaman pemerintahan Jepun tahun 1940-an.Rumah ini juga adalah tempat berasalnya Laksa Balik Pulau

 

 Sejarah Pemilik

Chee Teik Yew ialah moyang kepada Khoo Poh Siew,iaitu sebahagian daripada generasi yang ke-5 yang tinggal di rumah ini.Chee Teik Yew dan Chee Swee Ee berasal dari Fujian,China. Mula-mula,mereka mengembara ke Sumatera,Indonesia dan kemudian datang ke Balik Pulau untuk mencari peluang pekerjaandan peniagaan.Mereka telah mengusahakan kebun durian dan ladang getah di sini.Mereka membina rumah ini sebagai rumah warisan keluarga Chee.Keluarga Chee banyak menerima pengaruh adat-adat dan cara hidup orang Melayu.Oleh itu,kaum wanita sering memakai kebaya ala Baba dan Nyonya.Bukan itu sahaja,mereka juga boleh bermain acordian dan menyanyi lagu-lagu Melayu.Semua saudara Chee pernah tinggal di sini.Chee Teik Yew telah mewariskan rumah ini kepada anak perempuannya yang bernama Chee Beng Lee.

                                                                                                                      

 perniagaan laksa rumah no. 100         

 Puan Chee pernah menjadi pembekal kepada laksa di Balik Pulau.Dia menjual laksa pada tahun 1940-an.Mi laksa dibuat oleh Puan Chee sendiri dan dia mengupah orang berbangsa India untuk menyediakan bahan-bahan untuk membuat laksa.Yang Dipertua Agung pernah meminta laksa daripada Puan Chee untuk dimakan semasa baginda melawat Pulau Pinang pada tahun 1972.Puan Chee terpaks
a menghentikan perniagaannya pada tahun 1973 kerana dia mengalami penyakit strok dan meninggal dunia pada tahun 1980.Tiada sesiapa yang mengambil alih perniagaannya pada masa itu kerana pendapatan menjual laksa tidak lumayan.Oleh itu,resepinya hanya diketahui oleh Puan Chee dan seorang wanita melayu sahaja.Penjaja laksa sekarang,Puan Ewe mendapat petua untuk membuat laksa daripada anak Puan Chee,En.Khoo.Perniagaan Puan Ewe bermula 8 tahun selepas Puan Chee berhenti berniaga.Puan Chee juga terkenal kerana pandai membuat kuih nyonya dan dia pernah menang dalam pertandingan membuat kuih

Seni Bina Rumah

Rumah ini mempunyai 6 bilik di tingkat atas.Archway-nya diukir dengan ukiran bunga dan binatang.Terdapat banyak lubang pengintip pada bumbung tingkat pertama rumah ini untuk memerhati penceroboh atau musuh yang masuk di tingkat bawah.Ruang persendirian yang pertama ialah airwell yang membekalkan kesejukan dan pancaran cahaya untuk kecerahan seluruh ruang.Bumbung atas juga mempunyai gable yang bercorak api.