TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG | BALIK PULAU
: COUNTRYSIDE STABLES PENANG.
Belajar berkuda adalah salah satu daripada sukan sunnah yang digalakkan oleh Rasulullah SAW. Countryside Stables Penang yang terletak di Sungai Burung. Tidak susah untuk ke sini walaupun sedikit tersorok. Turun saja ke pekan Genting dah terpampang signboard untuk ke tempat kuda ini.  Kalau sosat xpe on jer  Waze yang canggih itu.
Selesai hihi ^….^.

 

Countryside Stables Penang, Balik Pulau, Pulau Pinang

Bayaran masuk / Entrance fee

Adult : RM5Children : RM3Open daily : 3.00 PM – 7.30 PM

Countryside Stables Penang ini dah beroperasi sejak tahun 2012 lagi. Adalah dalam tiga puluh ekor kuda tinggal disini. Macam-macam breed ada. Yang jenis katik pun ada disini. Kita ingatkan anak kuda tapi sebenarnya bukan, bapak kuda dah..hihi

Kawasan persekitaran adalah kemas dan luas. Cantik juga pemandangan disini. Iyalah kawasan kampung kan. Unik dan fresh saja rasanya. Ada juga orang yang sedang tunggang kuda. Ada kuda yang sedang dimandikan. Ada yang sedang makan. Bertenang sungguh kuda-kuda semua duduk berehat.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Countryside Stables Penang :
  1. Joy Ride / Guided Ride : Adult (RM20) Children (RM17)
  2. Riding Lesson : Approx 45 Minutes (RM80)
  3. Experienced Rider : 1 hour within area (RM80)
  4. Outride trail riding for experienced rider : Approx 8 – 10 KM (RM150)
  5. Animal Petting
  6. Animal Feed (RM2) – not deductible from the admission fee
  7. Private Function for 100 pax and below 
  8. Horse Carriage (Wedding & Private Functions)
  9. Wedding Photoshoot (RM350 / hour)

 

Tim and Chooi Yoke at Countryside Stables Penang

Selain kuda, ada juga binatang lain seperti keldai dan rusa. Comel sebenarnya keldai oi. Memang cute macam Eeyore kawan Winnie The Pooh. Seratus peratus identical.

Berbaloi kalau nak bawa anak-anak jalan-jalan kenal alam kenal kuda. Kasi sikit exposure kepada anak-anak. Jangan asyik belajar pegang tab pegang smartphone saja. Mari sini pegang kuda pula hihihi.  Yang mana duduk berdekatan bolehlah mai singgah. Aktiviti hujung minggu.