ASAL-USUL NAMA TEMPAT DAN KISAH SEJARAH

Lurah bukit yang digunakan sebagai lorong untuk berjalan kaki oleh orang-orang yang tinggal di Telok Kumbar, Sg Batu dan Bayan Lepas adalah sangat sempit. jadi, kesempitan lurah tersebut telah menyebabkan ia di panggil ” Genting “.

Mereka terpaksa melalui Genting kerana tiadanya jalan lain lagi untuk pergi ke Pondok Upeh, Titi Teras dan Sg Pinang. Kampung yang dilalui di dalam perjalanan juga dikenali sebagai Kg Genting tetapi kini lebih dikenali sebagai cerok cina kerana penduduk-penduduknya yang terdiri daripada orang-orang cina.