ASAL-USUL NAMA TEMPAT DAN KISAH SEJARAH

Pada tahun 1912, jalan tanah merah telah dibina dan batu enam inci digunakan, setelah itu barulah batu dua inci digunakan. Itulah yang dimaksudkan dengan jalan baru. Ketika itu, kereta lembu, kerbau dan kuda masih digunakan.

Nenek Hajjah Salbiah Binti Ismail, 117 tahun, berkata bahawa kereta-kereta lembu telah digunakan untuk membawa tiang-tiang batu pejal untuk mendirikan masjid Jln baru. Tiang-tiang tersebut berusia lebih dari seratus tahun kini.