ASAL-USUL NAMA TEMPAT DAN KISAH SEJARAH

Pada masa awalnya, kampung ini adalah sebahagian dari Kg. binjai atau kampung di jalan permatang.

Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri beberapa majlis keramaian seperti kenduri-kendara serta temasya hariraya dan juga sambutan Maulid Nabi S.A.W. yang diadakan pada setiap tahun.

Di samping itu, permainan hadrah yang merupakan salah satu permainan tradisi penduduk kampung ini sejak awal abad ke 20 lagi selalu diadakan di sebelah malam hanya dimainkan oleh kaum lelaki sahaja.

D.W. Grehan sungguh tertarik haaati dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang diadakan. Beliau kemudiannya mencadangkan kampung ini dengan nama ‘Kg Seronok” dalam tahun 1946 dan dipersetujui oleh orang tua-tua Kampung.

Kg Seronok juga telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri sebagai Kg Hj Muhammad bagi memperingati orang yang menghidupkan kampung ini.