ASAL-USUL NAMA TEMPAT DAN KISAH SEJARAH

Nama pekan kongsi berasal dari nama rumah-rumah panjang yang dipangil ” Kongsi” dan didiami oleh buruh-buruh cina yang bekerja di kebun-kebun cengkeh, buah pala dan getah di bukit-bukit.

Seorang saudagar, Koh Seang Tat, telah menghadiahkan batu peringatan yang terletak di tengah-tengah pekan dan mengikut perjanjianya, ia tidak boleh diubah ke mana-mana lagi. Batu tersebut dibina tahun 1882.

Sebidang tanah telah diwakafkan sebagai  tanah perkuburan oleh pemiliknya yang juga berasal dari satul tetapi tidak diperuntukan kepada orang ramai. Sebaliknya hanya orang-orang tertentu yang mempunyai pertalian darah dengan tuan tnah sahaja yang diizinkan.