Mee Ketam Pondok Upeh, Balik Pulau, Penang

Memang tidak dinafikan, banyak pilihan tempat makan yang best-best di Penang dan antara tempat makan yang di suggest untuk anda mencuba ialah Mee Ketam Balik Pulau. Dari namanya saja sudah pun memberi informasi dimanakah lokasi tempat makan ini. Tentunya di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Gerai ini menyediakan minuman free tetapi tidak boleh pilih jenis minuman. Dengan kata lain, semasa anda berkunjung di gerai ini, terdapat air sirap disediakan di bahagian tepi. Konsepnya ala-ala kenduri kahwin atau asrama dimana kita akan ambil cawan yang disediakan dan ambil air sendiri untuk dibawa ke meja makan.

Back to foodies, gerai mee ketam ini membolehkan pelanggan memilih mee kuning, kuey teow, bihun atau mee meggi untuk pilihan mee. Selain mee ketam, pelangan juga ada menjual pisang goreng cheese dan kuih muih untuk makanan sampingan ala-ala minum petang.

Harga:

Dari segi harga,  it’s affordable dan ok lah coz portion yang disediakan tu berbaloi dengan harga yang diberi. So, kepada sesiapa yang ada masa lapang dan berjalan-jalan di balik pulau, bolehlah singgah ke Mee Ketam Balik Pulau. It’s affordable, consumable dan layan je makan ketam tu. Disarankan datang pada waktu lapang. Barulah cukup masa untuk feel makan ketam.. Selamat Mencuba !!