Pasar Malam Balik Pulau

beroperasi pada setiap malam Rabu dan Ahad pada jam 6 petang hingga ke 10 malam. Pasar malam ini akan mengadakan pelbagai jualan barangan keperluan harian dari makanan basah, makanan kering,makanan yang siap dimasak buah-buahan,pakaian, ubat-ubatan hinggalah barangan permainan kanak-kanak. Pasar malam ini terkenal dengan makanan mengikut cita rasa pelbagai bangsa di Malaysia seperti laksa, bihun soup, keropok lekor, murtabak,popia,kuih muih dan banyak lagi jenis makanan yang dijual mengikut  citarasa rakyat Malaysia.