Balik Pulau merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah barat daya Pulau Pinang, Malaysia.Balik Pulau terkenal dengan buah durian dan buah pala ditanam oleh peladang Cina dan orang Melayu. Durian di sini sedap dan berbuah cantik kerana buahnya diikat dengan tali bergayutan rendah di atas pokok. Balik Pulau juga terkenal sebagai “The Village Behind The Island”. Ini kerana ia juga merupakan namanya jika diterjemahkan dalam bahasa Inggeris.

Muka bumi

Balik Pulau terletak di belakang Bukit Bendera dan mengadap Lautan Hindi dan Selat Melaka. Oleh itu ia terdedah kepada obak besar seperti tsunami 2004. Pekan ini agak terpencil dan lambat membangun berbanding dengan bandar raya George Town.Jalan perhubungan hanyalah jalan raya dan bot nelayan. Jalan raya dariBayan Lepas di selatan dan dari Teluk Bahang di utara. Jalan tengah dari Relau. Jalan raya ini terpaksa mengelilingi kawasan berbukit-bukit seperti di ar terjun Titi Kerawang. Dari atas bukit anda dapat melihat kawasan Balik Pulau yang landai di tepi pantai.

Antara kampung yang terdapat di Balik Pulau ialah Kampung Batu Putih , Kampung Batu Kecil , Kampung Sungai Pinang , Kampung Sungai Rusa ,Kampung Permatang Pasir, Kampung Pokok Manggis , Kampung Titi Teras , Kampung Permatang Tengah, Kampung Sungai Burung , Kampung Terang , Kampung Perlis , Kampung Genting, Kampung Genting Dalam, Kampung Shee Tan , Kampung Paya Simpang Empat Genting,Kampung Pagar Buluh , Kampung Masjid , Kampung Baruh ,Kampung Seronok dan Kampung Binjai.

Secara keseluruhannya kawasan di sini menghijau kerana dijadikan hutan simpan. Antaranya ialah Hutan Simpan Bukit Gemuruh, Hutan Simpan Bukit Genting Hutan Simpan Pantai Aceh dan Hutan Simpan Teluk Bahang.

Antara lokasi berhampiran dengan Balik Pulau ialah Teluk Ara, Muka Head, Teluk Duyung, Teluk Aling, Sungai Tukun, Sungai Teluk Awak, Sungai Teluk Bahang,Penang Butterfly Farm, Pusat Kebudayaan Pulau Pinang, Teluk Bahang, Teluk Mat Inca, Teluk Pisang, Teluk Nibung, Pantai Mas, Hutan Simpan Laksamana , Durian Orchards, Sungai Pinang, Air Terjun Titi Kerawang, Nutmeg & Clove Orchards, Bagan Kuala Sungai Pinang, Sungai Rusa, Sungai Samagagah, Sungai Air Putih, Titi Peropok, Hutan Simpan Balik Pulau, Kampung Melayu, Kuala Jalan Baharu, Kebun Besar, Sungai Burung, Pekan Genting, Sungai Nipah, Sungai Betung, Sungai Ara,Pulau Betung, Pasir Panjang, Teluk Dwalin, Gertak Sanggul, Teluk Gemuruh, Teluk Pasir Belanda, Teluk Bongkok, Teluk Kumbar, Teluk Arab, Teluk Pak Pajun,Teluk Cut, Teluk Pak Bidan, Panara dan Sungai Bayan Lepas.

Sejarah

Kawasan ini juga menerima kesan daripada kejadian Gempa bumi 26 Disember 2004. Terdapat beberapa sekolah rendah di Balik Pulau termasuk SRJK (C) Chong Teik.

Terdapat beberapa sekolah menengah dan sekolah rendah di Balik Pulau. Antaranya ialah SK Kongsi, SK Balik Pulau, SK Genting, SK Pulau Betong, dan sebagainya.

Terdapat satu lokasi yang sama taraf kepopularannya dengan durian iaitu Pantai Pasir Panjang. Pantai ini menerima tempias ombak tsunami pada 2004. Kem Pusat Latihan Khidmat Negara White House turut terdapat di sini. Resort ini menjadi pusat latihan kepada pelajar selepas menamatkan alam persekolahan.

Ekonomi

Dari segi kegiatan penduduk setempat,terdapat beberapa bentuk pekerjaan yang dilakukan.Penanaman padi merupakan antara kegiatan penduduk di sini. Selain itu ada juga di antara mereka yang menjadi nelayan.Jeti yang biasa digunakan untuk memunggah ikan ialah jeti Pulau Betung dan jeti Jalan Bahru.Di Balik Pulau terdapat ladang kelapa sawit yang terletak di Permatang Pasir dan juga Kuala Sungai Pinang.Ada juga diantara penduduknya yang mengerjakan kebun memandangkan Balik Pulau terkenal dengan buah duriannya dan buah-buahan lain seperti rambutan dan manggis.Selain itu,terdapat perusahaan Industri Kecil dan Kederhana(IKS) yang mengeluarkan makanan ringan seperti kerepek,maruku dan perusahaan belacan. Disamping itu terdapat kilang memproses mee,koey teow dan makanan yang berasaskan soya dan tepung.Disini juga terdapat kilang batik iaitu di Sungai Rusa dan Jalan Bahru.Tidak ketinggalan banyak kedai makan yang diusahakan oleh penduduk tempatan terutamanya di Jalan Bahru dan Sungai Burung. Kegiatan-kegiatan ini merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk di sini.

ASAL-USUL NAMA TEMPAT DI DAERAH BARAT DAYA DAN KISAH-KISAH SEJARAH

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Balik_Pulau