Bagaimana tersembunyinya kedudukan Balik Pulau, begitulah juga tersorok sejarah pembukaannya walaupun beberapa abad telah berlalu.  Setakat ini, apa yang sering diperkatakan dan diketahui oleh umum ialah mengenai sejarah Pulau Pinang sahaja. Memandangkan kepada kedudukannya yang tersorok, dibendungi oleh bukit-bukau itu, sudah sampai masanya kita menyingkap secara sepintas lalu tentang apakah rahsianya yang tersembunyi di sebalik pembukaan di sebaslik pembukaannya.

Balik Pulau, begitulah nama yang diberikan sesuai dengan kedudukannya yang terletak di sebalik bukit-bukau yang memisahkan ia dari Tanjung. Ia juga terletak di Daerah Barat Daya, meliputi hampir tiga-suku daripada Pulau Pinang.

Selama ini Balik Pulau dikenali ramai sebagai kawasan pertanian yang mengeluarkan buah pala, cengkeh, dan buah-buahan bermusim. Pulau Pinang (Daerah Barat Daya), adalah di antara lima buah negara pengeluar buah pala di dunia, demikian menurut Fiona Nichols dalam rencananya , “The Story of Nutmeg”.

BILAKAH BALIK PULAU DIDUDUKI?

Bukti-bukti telah menunjukkan bahawa Pulau Pinang telah diduduki pada 1762 (Kapten Forest mencatitkan cuma terdapat lapan buah kampung pada tahun tersebut). Sebahagian daripada Datuk Keramat, dipercayai secara turun-temurun telah dibuka lebih awal iaitu pada 1704.

Bahagian lain masih lagi belum diduduki kecuali oleh tiga kumpulan kecil pelarian-pelarian Melayu dari Kedah, berjumlah lebih kurang tujuh puluh kesemuanya. Mereka tinggal di kaki-kaki bukit di sekeliling Batu Gantong, Bikit Dambar dan Bayan Lepas. Ketika itu, Pulau Pinang masih lagi sebahagian daripada Kedah.

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA PENGHIJRAHAN

Menurut Tan Ding Eing, di dalam bukunya , ‘Sejarah Malaysia dan Singapura’,  pada bulan Februari 1786, Burma melanggar Siam dan menyerang Ujong Salang. Sultan Kedah, Sultan Abdullah Mahrum Shah (1773-98), cuba untuk memenangi hati kedua-dua belah pihak dengan menghantar senjata-senjata kepada orang-orang Burma dan perutusan taat-setia  ke Bangkok, tetapi rancangannya telah gagal. Siam, dibawah Dinasti Chakri, menghalau keluar orang Burma dan Ujong Salang dengan jayanya telah menentang penyerang-penyerang itu.

Siam kemudiannya menghantar keluar angkatan-angkatan untuk menghukum Ligor dan Pugit dan mengancam Pattani, Kedah dan Terengganu. Pattani telah diserbu dalam bulan November 1786 dan Kedah bimbangkan nasib yang sama. Sultan Abdullah sedaya upaya cuba berunding dengan Siam dan meminta bantuan British daripada Light.

Dasar perluasan kuasa ini telah mengakibatkan sejarah penghijrahan orang-orang Melayu di di Negeri-Negeri Melayu Siam. Hampir Keseluruhan penduduk-penduduk asal yang ditemui disekitar Balik Pulau mengakui bahawa asal-usul keturunan mereka ialah dari Pattani, Satul, Yala, Kedah dan Perlis.

Haji Hussain bin Abd Hamid, 97 tahun, berkata bahawa neneknya dari Satul telah melarikan diri ke sini dari ‘musuh baik’ – istilah yang menunjukkan akn kekejaman dan penindasan perang Siam disampaikan secara berbisik-bisik.

Proses penghijrahan mereka adalah secara berpuak-puak . Dua tempat tumpuan orang-orang Satul sehingga dikenali sebagai Kg. Satul ialah di Pondok Upeh dan Titi Teras. Meskipun demikian, mereka sebenarnya tinggal berselerak di sekitar Balik Pulau umumnya.

Menurut Haji Harun bin Rashid, 72 tahun, pada masa dahulu orang-orang Yala telah berkampung di Sg.Mati, Titi Teras, berdekatan dengan rumahnya. Manakala, tanah perkuburan Titi Teras telah diwakafkan oleh seseorang yang dikenali sebagai ‘Tok Mad Satul’.

Sebahagian besar penduduk -penduduk di wilayah-wilayah Selatan Thai iaitu Pattani, Satuk, Yala dan Narathiwat beragama Islam. Hal ini telah menyemarakkan api peperangan.

Keadaan yang meruncing ini memaksa mereka meninggalkan tanah tumpah darah mereka. Buluh-buluh sungai ditebang untuk dijadikan rakit buat meneruskan perjalanan mengikuti arus sungai. Hajjah Fatimah Sahak, 74 tahun, telah menceritakan kisah seorang bidan yang terkenal di zaman dahulu, Tok Mek Gelamai yang telah ketinggalan rakit tetapi diselamatkan oleh lelaki yang kemudiannya menjadi suaminya.

Apa yang dicari oleh mangsa peperangan ialah sesuatu tempat yang menjaminkan keselamatan dan perlindungan diri, keluarga dan puak masing-masing untuk memulakan penghiduan baru.

Dari segi logiknya, mukabumi Balik Pulau yang dikelilingi oleh bukit-bukau merupakan satu tempat yang benar-benar strategik sebagi tempat persembunyian.

PERLARIAN DARI KEDAH-1821

Pada tahun 1821, serangan Siam yang selama ini dikhuatiri oleh Kedah telah terjadi, dengan itu Kedah telah ditadbirkan secara langsung selama 22 tahun oleh Siam.

Pemerintahan Siam telah mengakibatkan kerosakan yang banyak kepada Kedah. Perpindahan penduduk secara beramai-ramai ke luar negeri telah berlaku. Kebanyakan dari orang pelarian itu talah memperolehi tanah di seberang Perai dan mereka lebih suka tinggal di sana.

Sebahagian lagi dari pelarian-pelarian ini telah menduduki Balik Pulau dan Telok Bahang. Di antara mereka ini, terdapat juga orang-orang Bugis yang telah menetap di Balik Pulau. Mereka telah menduduki Kedah sejak memenangi peperangan merebut takhta di antara dua orang Raja Bersaudara di Selatan Kedah sejak tahun 1770.

Orang-orang dari Kuala Muda, Kedah telah membuat perkampungan mereka di Pondok Upeh sehingga kekal tempat tersebut sebagai Kg. Kuala Muda. Pda tahun berikutnya, 1822, mereka telah mendirikan masjid secara bergotong royong di atas tapak tanah yang telah diwakafkan. Masjid ini dibuna semula dalam tahun 1962.

Ekomoni Sara-Diri

Dari hanya satu persembunyian, mereka telah berkampung halaman dengan memugar hutan-belatara dan mengisytiharkan hakmilik ke atasnya. Ssebidang tanah yang dimiliki di duduki oleh anggota kaum keluarga dan yang mempunyai pertalian sahaja kerapkalinya. Apa yang menyedihkan ialah tanah-tanah yang telah dipugar dan diberikan hakmilik setelah adanya campurtangan Inggeris banyak yang tergadai atau terlelong disebabkan oleh kesempitan hidup generasi yang mewarisi.

 

 

Mereka hanyalah mengamalkan  ekonomi sara-diri iaitu bersawah padi, berkebun getah, berkebun kelapa dan kopi, buah-buahan serta menternak ayam-itik dan lembu-kerbau.

Mereka terpaksa berhutang untuk mendapatkan keperluan harian lanngsung tergadai tanahnya kerana itulah sahaja harta pesaka yang ada. Ada pula yang terjerut lehernyaoeh ceti-ceti yang memberikan pinjaman wang dan mengenakan bunga yang tinggi. Betapa besarnya pengaruh ceti pada zaman itu.

Oleh kerana proses penghijrahan mereka adalah secara berpuak-puak dan berahsia serta kehidupan awal yang di dalam persembunyian, adalah sukar sekali untuk meneka dengan tepat akan tarikh sebenar mereka menduduki Balik Pulau. Sekurang-kurangnya ia telah menjawab soalan akan kenapakah penumpuan orang-orang Melayu Pulau Pinang ialah dikawasan-kawasan luar-bandar . Antara lazimnya, Ia berkait-rapat dengan sejarah awal penghijrahan nenek-moyang mereka dahulu.

Asalnya ialah bekas bangunan Sekolah Melayu (Lelaki) Kongsi sehingga 1927. Kemudian menjadi Balik Pulau Recreation Club (BPRC). Kini, Bilik Mesyuarat Tindakan Daerah, D.B.D.