ASAL-USUL NAMA TEMPAT DAN KISAH SEJARAH

Pokok Ara ialah diantara tumbuh-tumbuhan yang sentiasa menghijau di sepanjang tebing sebatang sungai yang sangat cantik dengan keindahan semulajadinya.

Buahnya cantik tetapi tidak boleh dimakan. Tiba musim buahnya, bertaburanlah buah-buah tersebut diatas permukaan sungai. Bermudiklah buah ara ke hulu dan kehilirnya bagaikan hamparan yang terapung.

Penduduk-penduduk awalnya ingin mengabdikan keindahan semulajadinya dengan menamakan ia Sg Ara.

” Rangkai Sungai buah ara, Masjid baru tinggi menara, Penduduk banyak berbilang bangsa, Hidup terjalin kasih mesra.