ASAL-USUL NAMA TEMPAT DAN KISAH SEJARAH

Kampung Sungai Batu mempunyai dua batang anak sungai – Sg batu dan Sg Mati. Oleh kerana sungai tersebut dipenuhi dengan batu-batan yang kecil dan besar lalu ia dikenali sebagai Sg Batu. Disebabkan kuala yang sudah tidak berfungsi kerana diliputi oleh timbunan pasir, anak sungai itu dinamakan Sg Mati.

Kesan-kesan sejarah yang terdapat hingga kini ialah kubu British Perang Dunia dikawasan tepi pantai, sebuah perigi lama yang dibina  oleh pemerintah British dan sebuah takungan air yang dibina oleh RIDA yang kini dikenali sebagai MARA.