ASAL-USUL NAMA TEMPAT DAN KISAH SEJARAH

Kampung Sg Burung ialah sempena sebatang sungai yang mengalir di tengah-tengah kampung tersebut. Pada mulanya sungai tersebut bernama ‘ Sungai Gunung’ kerana orang yang mula sampai di tepi sungai tersebut menyangka air sungai tersebut datang dari gunung.

Menurut ceritanya, sekumpulan tiga atau empat orang telah hanyut dengan sebatang kayu besar lalu terjumpa dengan kuala. Kebetulannya di tebing kuala itu terdapat banyak burung. salah seorangnya merasa takut kalau-kalau ada orang bila dimudik kata seorang lagi, ” Kalau ada orang tinggal, habislah burung-burung itu ditangkap dan dimakan.” Mereka ini adalah pelarian perang Siam. Sejakitu, Sungai Gunung berubah menjadi sungai Burung.

Disekitar tahun 1945-48, bangunan unatuk cawangan Parti Komunis Malaya ( PKM ) telah didirikan dan sebahagian daripada penduduknya bergiat cergas. Ketika itu, zaman pemerintahan jepun varu berakhir dan pihak British kembali memerintah.

Dua puak orang-orang Batak, Puak senaik dan Sitomong, telah berkampung disini. Sitomong telah menggemparkan Balik Pulau apabila dia mengamuk hingga ke Tanjung setelah telinganya dimasuki nama kerana tumpang bermalam di sebuah jelapng padi.

Dia menjadi gila dan banyak nyawa menjadi korban amukannya. Tiang talipon di kebun Besar, Ayer Puteh, ditetaknya patah dengan hanya menggunakan parangnay. Akhirnya, dia dibawa balik  oleh rakannya, senaik, yang menjumpainya di Tanjung.

Senaik pula dikatakan seorang yang kebal. Oleh kerana itulah, Pihak Inggeris telah meminta pertolongannya sewaktu berlaku kekecohan di Tanjung. Peluru itu dibawa balik dan diserahkan  kepada Datuk Haji Hussein Bin Abdul hamid, 97 tahun.