ASAL-USUL NAMA TEMPAT DAN KISAH SEJARAH

Sg. Korok berasal dari sebatang sungai yang telah dikorek pasirnya dan dibina semula dengan simen oleh taukeh kilang padi iaitu Loh Ah Lian. Lesung padi kilang tersebut memerlukan kuasa air untuk menjalankannya dan sungai tersebut mengairkan kawasan sawah padi yang beratus ekar.

Menurut seorang guru bersara, En Ghazali Hamzah, 58, perkataan korok sebenarnya adalah berasal dari perkataan korek dan disebabkan oleh lidah orang-orang jawa ( yang telah melarikan diri dari penindasan bekerja diladang-ladang kelapa sawit ), Sg korek bertukar menjadi sg korok.