ASAL-USUL NAMA TEMPAT DAN KISAH SEJARAH

Pokok-pokok pinang banyak terdapat dikawasan ini dan kebetulan pula terdapat sebatang sungai. Pinang mendapat pasaran yang baik pada masa dahulu kerana ia digunakan sebagai bahan untuk membuat minyak tanah. Pinang setengah masak atau istilah bahasa pasarnya ” pinang pok” dutakik dan untuk menghilangkan getahnya, Pinang direndam di dalam sungai tersebut.

Begitulah antara lain bagaimana tempat ini dinamakan Sg. Pinang oleh orang tua-tua dahulu. Aliran Sg Pinang yang asal melalui Mukim A. setelah berlaku banjir besar pada pukul 12.02 minit tengah hari, 1932, Sungai tersebut telah pecah dan bertukar arahnya kepada aliran sekarang.