ASAL-USUL NAMA TEMPAT DAN KISAH SEJARAH

Telok Bahang ialah nama yang telah diberikan oleh penduduk-penduduknya yang awal, berasal dari kedah, perlis dan Pulau Langkawi. Ada diantara mereka ini datangnya dari padang Hang, Kedah. Disebabkan hawa di teluk ini sama dengan tempat mereka yang berbahang panasnya, maka dinamakn ia Telok Bahang.

Kat orang tua-tua lagi , tempat ini dipilih sebagai tempat tinggal dan perlindungan kerana difikirkan sesuai untuk melakukan serangan balas kepada Negeri Siam sewaktu perang dulu.

Tok Konee merupakan salah seorang pendekarnya yang handal dan kuburnya masih ada. Tetapi kubur Osman bin Panjang Malim sudah tidak dapat dikesani.

Bagaimanapun, kubur-kubur lama orang Aceh yang pernah berkampung disini masih terdapat disekitar pantai Kg. Telok Bahang.

Lampu untuk memberikan panduan kepada kapal-kapal dagang yang berulang alik ke Pulau Pinang yang taerdapat di Mukahead dibina dalam tahun 1880 dan masih boleh digunakan.

Sekolahnya yang asal berbumbungkan atap nipah dibina dalm tahun 1890 dan dibina kembali tahun 1927.