ASAL-USUL NAMA TEMPAT DAN KISAH SEJARAH

Teluk Kumbar, nama yang diambil dari sejenis pokok palma ‘pokok kumbar’, yang pada ketika itu tumbuh dengan banyaknya disekiktar kawasan telok dan pantai. Hingga kini, pokok tersebut masih didapati dikawasan dalaman Telok Kumbar.

Beberapa kawasan yang terlibat di sini ialah :-

  • Gertak Sanggul – kata orang , pada zaman dahulu para nelayan berambut panjang dari bersanggul, ketika melintasi selat antara Tanjung Gertak Sanggul dan Pulau Kendi, ombaknya tersangat kuat sehingga sanggul yang disimpul kuat pun terurai.
  • Pulau Kendi – Bentuk pulau tersebut apabila dilihat dari Tanjung Gertak Sanggul kelihatan seakan-akan sebuah kendi.
  • Pasir Belanda orang-orang Belanda menduduki kawasan berhampiran pantai kerana mencari perlindungan semasa perang Hamdan dahulu.
  • Bukit Gemuruh – Aliran anak sungai di bukit tersebut mengalir tiada hentinya dan terjun keatas batu-batu bukit menyebabkan bunyinya yang sentiasa menderu ( bergemuruh ).

Terdapat dua buah kubu pertahanan berbentuk kapal binaan kerajaan Inggeris yang sebelum penjajah Jepun di kawasan ini