ASAL-USUL NAMA TEMPAT DAN KISAH SEJARAH

“Titi Teras” terbina daripada empat batang kayu balak yang sangat keras, merentangi sungai yang terdapat buaya di dalamnya. sekiranya dikorek sungai tersebut hari ini, mungkin kayu yang teras itu masih ada tertimbus di dalamnya. Titi tersebut adalah perhubungan utama di zaman dahulu kerana ketika itu masih belum lagi terdapat jalan perhubungan yang lain.

Sungai Mati, Titi Teras adalah tempat yang mengingatkan kita kepada sejarah zaman silam tentang kisah panglima Mei atau nama sebenarnya Ismail. Apabila Panglima tersebut berulang-alik di antara Pulau betong dan Sg Mati ialah tempat perhentianya.

Haji Harun Rashid, 72 tahun, menyatakan bahawa kata orang tua-tua dahulu panglima ini ialah seorang yang kebal. jadi, apa sahaja yang dikehendaki mesti diperolehi dengan apa cara sekalipun. kerana itulah ia menjadi orang buruan pihak polis.

Pada kali pertamanya, apabila diketahui bahawa pihak polis akan datang menangkapnya, dia telah berpesan kepada isterinya agar menjamukan mereka dengan ubi ara. setelah memakan ubi tersebut, masing-masing menjadi mabuk lalu terselamatlah ia dari ditangkap kerana berjaya melepaskan diri.

Kalau sekadar peluru biasa yang digunakan, panglima Mei tidak akan ditembusi oleh peluru tersebut melainkan peluru emas sahaja yang menjadi sumpahan ilmu kekebalannya.

Kali keduanya, dia telah diserang oleh jemedek Ali, seorang yang berpangkat di dalam pihak polis Inggeris. Beliau telah ditikam dengan sangkoh senapang tetapi masih mempunyai kekuatan untuk menyerbunya kembali lalu membunuh Jemedek Ali ketika dalam nazaknya itu.

Panglima Mei mempunyai ilmu geliga embun yang dipercayai boleh menghidupkannya selepas dua atau tiga hari. jadi, dia hanya ditimbus oleh kulit-kulit pinang. Hanya isterinya sahaja  yang mengetahui bahawa bahagian kepala dan badanya mesti dipisahkan laut untuk mematikanya selama-lamanya. Jika tidak dipisahkan laut, badan dan kepalanya akan tetap bercantum dan akan hidup semula kononnya.

Tiba ke hari kedua setelah ditanamya, pihak polis telah datang mencari isterinya dan telah berjanji untuk memberinya sara hidup kalau rahsia tentang panglima Mei diberitahu kepada mereka. Disebabkan isterinya juga tidak bersetuju dengan sikapnya lalu rahsiapun dibocorkannya.

HAnya tinggal sehari lagi untuk panglima tersebut hidup kembali dan kulit-kulit pinang telahpun didapatiberombak menandakan bahawa beliau telah pun bernafas. Pihak polis menggali dan memenggal kepalanya yang kemudiannya dibawa ke Taiping untuk dikebumikannya. Badannya disemadikan di sg Mati juga.